May 18, 2010

Bagaimana Mencari KEYWORDS ADSENSE Terbaik Secara PERCUMA

Sebagai pemilik laman web atau blog,anda berpeluang untuk menjana ribuan malah puluhan ribu ringgit sebulan melalui Google Adsense.Kerana itulah hari ini terdapat segala macam promosi dan tawaran oleh pihak tertentu yang menjanjikan pendapatan segera berlipat kali ganda melalui Adsense.Sudah tentu yang paling popular sekarang ialah pihak yang menawarkan perkhidmatan menyediakan keywords atau kata kunci untuk Google Adsense yang kononnya akan mendapat bayaran tertinggi daripada Google.
Pendek kata,dia orang ni jual keywords lah.Bagi yang baru cuba-cuba untuk bermula mencari wang melalui Adsense,seringkali terdesak untuk mendapatkan perkhidmatan daripada mereka ini malah langsung tidak ragu-ragu untuk membayar dengan harga yang tak masuk akal terutamanya apabila kononnya mereka ini mempunyai keyword-keyword yang mampu memberi pendapatan sehingga USD100 bagi setiap klik!

Saya tidak mengatakan bahawa kesemua mereka ini adalah scammers atau penipu,malah ada banyak antara mereka yang betul-betul menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan berbaloi.Malah ada juga antara mereka sendiri adalah pakar yang telah menjana wang yang banyak melalui Adsense.Cuma mereka mungkin mahu menambah pendapatan mereka melalui cara "menjual keyword" setelah mengorbankan masa dan tenaga untuk mengkaji keyword-keyword "maut" untuk Adsense mereka sendiri.Secara logiknya,itu bukan lah satu kesalahan malah ia satu idea perniagaan yang baik.
Namun sekiranya anda tidak berminat dengan khidmat mereka,usah risau.Terdapat pelbagai lagi cara yang terbukti berkesan untuk meningkatkan pendapatan Adsense secara berterusan.

Rahsia Keberkesanan Adsense Adalah Melalui Niche

Rahsia terbesar dalam meningkatkan pendapatan Adsense anda ialah dengan kembali kepada peraturan asas pemasaran online.Apakah itu?Okay..asas nya ialah dengan mencari niche kepada kandungan web atau blog yang dibina.Pastikan niche yang dipilih adalah kurang dari segi persainganya dan ianya adalah bidang kepakaran anda supaya anda boleh menghidangkan sesuatu yang lain daripada yang lain berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan kemahiran anda.Oleh itu segala yang mungkin akan anda terfikir untuk sesuatu kandungan blog itu,akan mengandungi kata kunci atau keyword yang berharga untuk Adsense anda kerana ia adalah kepakaran anda.Secara sendirinya keyword-keyword berharga itu terhasil dalam pemikiran anda!
Perkara ini lah yang membezakan pendapatan anda sekiranya anda membeli keyword daripada orang lain.Kenapa?Kerana ia bermula dengan mencari keyword yang tinggi nilai bayarannya kemudian barulah anda mula membina blog.Sudah tentu ia sesuatu yang membebankan apabila keyword yang dibeli itu tidak berada dalam bidang kepakaran anda.Bagaimana untuk kita menulis atau mencari idea untuk sesuatu yang bukan minat atau kepakaran kita?Memang sukar.Malah untuk bermula dengan Google Adsense,salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Google ialah kita tidak boleh membina sesuatu blog atau laman web semata-mata untuk mengaut wang Adsense.
Hari ini persaingan di internet menjadi semakin sengit dan ini bermakna niche yang kita ada juga menjadi semakin kecil dan kritikal untuk kita.Jadi,pemilihan niche juga menjadi semakin penting untuk kejayaan Adsense anda.

Lebih Banyak Blog @ Website,Lebih Banyak Pendapatan Anda

Baiklah,apabila anda sudah menentukan niche anda,anda boleh mula membina seberapa banyak blog atau laman web yang anda mampu yang mana kesemua blog tersebut haruslah menjurus ke arah niche anda tadi.Secara jujurnya saya sendiri telah lama mengamalkan kaedah ini dengan berjaya dan saya dapati saya sentiasa akan terfikir idea-idea baru untuk setiap blog saya tanpa keluar daripada niche atau bidang kepakaran saya.Dan sesuatu yang pasti,sudah tentu saya meletakkan link yang saling berkaitan antara blog-blog tersebut untuk memaksimakan kadar penerimaan trafik atau pelawat yang melawat blog-blog saya.Pastikan link yang anda letak adalah saling berkaitan dan relevan supaya pelawat mendapat apa maklumat yang mereka cari.Jangan sesekali meletak link yang langsung tiada kaitan dengan tajuk anda kerana berkemungkinan besar pelawat akan terus meningggalkan blog anda kerana merasa tertipu.Jika tiada link yang difikirkan sesuai,lebih baik jangan letakkan sebarang link!

Apa yang telah dilakukan oleh mereka yang telah meraih pendapatan yang tinggi melalui Adsense ialah dengan membina seberapa banyak blog atau web yang mereka mampu.Sesetengahnya sehingga 50 blog malah ada yang lebih dari itu.Tetapi strategi ini adalah logik kerana semakin banyak blog Adsense yang kita miliki maka semakin banyak juga lah peluang untuk pelawat mengklik pada mana-mana iklan Google Adsense yang terdapat pada blog-blog tersebut.Secara warasnya,potensi pendapatan Adsense kita juga akan mencanak.Cuma masalahnya mungkin masa untuk kita menguruskan kesemua blog agak terhad dan kualiti kandungan juga mungkin terjejas.Sebab itulah jika kita fokus kepada sesuatu niche,kualiti blog kita akan lebih terjamin.Kita hanya perlu mencari beberapa idea dan kembangkan ia menjadi lebih luas dengan kreativiti yang kita ada.Apa yang lebih penting,adalah lebih mudah untuk kita menggunakan keyword-keyword "maut" yang sama untuk kesemua blog atau website yang kita ada.

Untuk mencari keywords atau kata kunci yang berharga mengikut bidang kepakaran yang anda miliki secara percuma,anda boleh klik di sini

Namun ada banyak lagi tools yang boleh anda guna untuk mencari keyword yang berharga.Yang penting,perlu rajin mencari!

Bagi yang baru bermula dan berjinak-jinak dengan Adesense,anda boleh mendapatkan panduan Adsense pertama yang ditulis dalam Bahasa Melayu.Garapan idea dan langkah demi langkah yang diterangkan amat mudah difahami terutama buat anda yang baru.Saya sendiri bermula dengan panduan tersebut.Untuk mendapatkannya,anda boleh klik di sini.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More